Sunday, April 17, 2011

PLEASEE LA ENCIK HAJI..

hurrrmmm....Man U still lagi tak score tapi mata aku ni dah semakin rasa nak terkoyakkk...cepatlah score...
Actually aku nak share story pasal aku berjumpa dengan sorang pak HAJI yang aku leh kategorikan sebagai Shameless HAJI,huhuhu...semalam lepas aku hantar adik perempuan aku yg malas nak drive pergi UiTM Puncak Alam tu, aku pun terus pecut pergi Shah Alam bawa mama pergi 1 tempat untuk update buku and keluarkan duit (paham-paham jela bila dah masuk tengah bulan,heheheh)..tak perlu la kot aku inform kat mana tempatnya kan (tapi those sape yg nak tau, sila PM di inbox,aku gtau personally,heheh)..okla, back 2 our story..aku turunkan mama betul-betul kat depan tempat kejadian tu and terus g cari parking..lepas bertawaf 2 kali,at last aku pn dapat parking and terus masuk ke dalam tempat kejadian tu..biasalahkan bila dapat mak and anak dapat sembang macam gaya 10 tahun tak jumpa,menarik la perhatian orang ramai..tapi aku and mama buat macam biasa je cz rasnya we all tak ada plak gelak kuat..no giliran mama 157 and no giliran aku 158..masa tu ada 4 kaunter yang dibuka..

ting tong....no 157 kaunter 1..
jeng jeng jeng...

mama pun senyum kat aku and pergi lah ke kaunter 1. Kaunter 1 masa tu, cashiernya adalah PEREMPUAN.. aku pn tunggu giliran aku dengan penuh relax walaupun dalam hati , "Ya Allah,cepatlah..bosan dah ni tunggu.."

ting tong...no 158 kaunter 3...
Alamakkk..........
LELAKI la plakkkk....

aku dengan relax and steady terus pergi kaunter 3 and senyum la dekat LELAKI tersebut..tak salahkan, senyumkan sedekah..

Aku  :  saya nak update buku
LELAKI  :  bolehh..
(1 minit,2 minit, 3minit..)
LELAKI  : ok,buku dah update
Aku  : saya nak keluarkan la sikit duitnya
(terus aku pn isi borang and serahkan kt LELAKI tersebut)
LELAKI  : tulis tarikh kat sini, and sign yerr..
Aku  : alamak..saya lupa la sign saya dulu macam mana
(tiba-tiba dia buat senyum mengoda and aku senyum sengih jela..gullpp)
LELAKI  : banyak sangat ek sign ny,hehehehe..
(eeee.......)
lepas tu macam-macam lagi la pertanyaan keluar dari mulut LELAKI tersebut yang menjadikan urusan juz 15 minit jadi sampai 1 jam....ggggggggrrrrrrrrrr........
Soalan dia yang paling aku tak tahan...
LELAKI  : bujang lagi ke??
Aku  : yup,bujang lagi..
(hurrrmmm,pe kesss..)
LELAKI  : alamat dan no telefon kat buku ni still yg sama ke?
Aku  : hurrmmm,tak la..da tukar..
LELAKI  : ok,kita update terus ek..
(haaaa??? updatekn jelaaa)....
selepas urusan yg selama sejam yang entah pape tu, aku pun cepat-cepat keluar dr tempat kejadian dengan mama sambil berpikir apa kena dengan LELAKI tuuu...huhhhh!!!!!

11.00 malam.....
kring,kring,kring...(wahhh,abg chenta call...)
tbe-tbe no sape plak call aku ni tengah-tengah malam..ingatkan abg,huhu..tapi angakat jelaa...

Aku  : Hellooo...
HAAAAAAAA?????? LELAKI dari tempat kejadian??? ko ambik no tepon aku dr personal details yg aku bagi pagi tadi..ni dah kes MENCEROBOHHHH!!!...huhhh!!!

marah???ye aku marah la beb..nak tahu kenapa aku marah and rasa geli??
SEBABNYA....
LELAKI tu adalah seorang PAKCIK YANG LAGI TUA DARI PAPA AND DAH ADA TITLE HAJI tauuu!!!!
Haji tu boleh call aku and nak ajak aku keluar makan sama..eeeeeeeee,,,geli laaa...

Aku ni bukanlah nak menghina orang atau apa..tapi kalau dah pangkat Haji, kenapalah nak menggatal lagi. nak menggatal dengan seusia dia,aku tak kisah..ni de hati nak yang muda..aku ni entah-entah sebaya cucu ko kot..Haji, insaf-insaflah..buat malu je de title HAJI kat depan tapi buat perangai macam ni...dahlah MENCEROBOH personal details aku, pasti MENGGATAL..eee.confirm-confirm la gatal cz de ke call aku malam-malam..eeeeeeee..mama pun dah bengang..tunggu masa nak mik tindakan je ni..pleasee la ENCIK HAJI...INSAF LA...

kepada perempuan di luar sana, hati-hatilah masa urusan di kaunter tu..serik tol aku..sepatutnya personal details kita tu mereka kena jaga, bukan keh ceroboh suka-suka hati,huhuhu..

1 comment:

Fatin Fairuz said...

woit..giler..aku dah follow ko..sila follow aku balik..cepat!!..hehe