Friday, June 28, 2013

Ketabahan

Tepat jam 11.00 malam,kami dibenarkan tengok mama di icu..

Ya Allah,sungguh tak sangka,begitu sekali keadaan mama..tak mampu d nk cite cmne keadaan mama masa tu..mmg d redha dgn ketentuan Ilahi ini...tp pas tgk mama di ICU smlm,ketabahan juga diperlukan..

Moga kami sekeluarga kuat & tabah menghadapi dugaan ni terutamanya mama...

P/S: doakan mama d ye...

Thursday, June 27, 2013

Redha

Syukur alhamdulillah,pembedahan mama berjalan lancar..sesungguhnya,kami sekeluarga redha dgn ketetapan yg tertulis buat mama...mungkin ini yg terbaik..

Tak mampu nak kata bila doc bedah kata,saluran tersebut mmg kena buang n ur mom kena pakai 2 beg for rest of her life..saat tu,mmg rasa tersedih tp lepas tu,kami redha..doakan kami kuat menempuhi segala dugaan yg Allah berikan..

Allah bagi ujian pada hambanya yg DIA tahu,hambanya mampu menghadapi dugaan tersebut..amin

Pray for mama

Assalmualaikum...

Hendaknya harini my mom kne operation for ileosomy..
Can't say anything just pray for the best for my mom..
After dis, semua akan berubah tapi i'll stay ♥ my mom n stand beside her...

Ya Allah,kau lindungi ibuku & permudahkan segala urusan..



P/s: entry 4 for my new status will be hang for moment..sorry

Monday, June 24, 2013

New Status

nak dekat setahun blog ni bersawang begitu sahaja gara-gara ownernya ada peyakit malas...

memandangkan penyakit malas tu still sebati so tunggu for next entry about

MY NEW LIFE...

MT NEW STATUS...

Monday, October 8, 2012

1st step

syukur alhamdulillah, tarikh telah pun ditetapkan..
seriously,tak tau nak cakap perasaannya sekarang ni...
tp yg paling pasti sgt bersyukur cz at least 1st step dah selesai..
papa mama yg paling excited...
directly terus busy nak cari tu,cari ni..
terharu jugak menengoknya..
so,skrg ni kami berdua berdoa agar urusan kami ni dipermudahkan dan rezeki kami semakin dimurahkan...
aminnn...

doakan kami berdua yer kengkawan =)

Friday, October 5, 2012

I'm back with dizzy!!!!

tadaaaaa....
i'm back,lalalalla...

sila jgn tnya mana menghilang cz cnfirm dpt alasan yg sama which is
BUSY..WORKLOAD...
owhhh,sila bayangkan bilik opis yg kunun nak dijadikan bilikku syurgaku dah jadi tunggang tonggeng langgang lenggang...tutup mata,tutup telinga & sambung buat keje sampailaaaaaa siap,huuuuu...

stop it diyana!ok,leave it about work yg confirm takkan abis..biarkan dia...
sebabnya skrg ni owner of dis blog tgh pening nak cari DEWAN...
wihuuuuu,sape kata nak kahwin tu senang...
ok,takde sape yg kata senang just dat was my 1st impression, "senang je kahwin tu"...
then bila kena diri sendiri,haaaa mik ko (sila ketuk kepala sendiri ye).. 
disebabkan dilahirkan & dibesarkan setengah masa  di KL (kenapa tak sepenuh masa di KL?nanti kte story mory ekk) so of course majlis will be at KL. 
bile pikir KL, of course la kat dewan...
tapi choooopppp dapat jugak few ideas samada,

DEWAN
.
.
.
.
. atauuuu
.
.
.
.
TAMAN
.
.
.
.
arrrrgggggggghhhhhhhhhh!!! peningpeningpeningpening......

Saturday, July 14, 2012

Petua Doa Makbul



 Setiap musibah dan kebahagiaan yg kita peroleh, panjatkanlah doa kepadaNya, mohon kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.Amin..

Doa-doa Orang Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

PETUA DOA MAKBUL
 oleh USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu
7. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
8. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw
9. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga
10. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt
11. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri 
12. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan
13. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak .
14.Sentiasa berdoa pada setiap masa, samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60yang bermaksud :
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saatitu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamuseru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itusentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)
15. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untukberbuat dosa atau memutuskan silaturrahim
16. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
17. Merendahkan suara, kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, denganmerendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dandengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang danjanganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai
18. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripadaAtha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabbsebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya .Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa ,jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi askepada Allah dalam munajat mereka .Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali
19. Mengadap ke arah kiblat
20. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa
21. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk
22. Hendaklah bertaubat serta dan kepada Allah sebelum memohon hajat
23. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya
24. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna
25. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .
26. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram
27. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
28. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. 
29. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa .Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat keduabelah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut.(HR at- Tirmizi dan al-Hakim)
30. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

"Marilah kita sama-sama amalkan"

Monday, June 11, 2012

Qaseh's Parent

Inilah dia parents QASEH AULIA SOFEA
<anak angkat aku & mr.captain>

KAPTEN HAZARUL ASWAD & RUSDA ADIBA


Aulia with his abah..

Aulia's Mama & Abah
Mama Aulia & Abah Aulia actually kawan kpd mr.captain..abah aulia satu kem dgn mr.captain..buddy cium mulut, kongsi bantal siap peluk-peluk okeyhh...yg cium tu tipu,heeee...then,masa aku kena transfer ke Seremban,aku jd housemate pd mama aulia..so from that, both of us makin rapat..after ada Aulia ni we all makin rapat..serius,sbb Aulia buat aku rasa nk de cepat anak..tp tu semua rezeki kan..insyallah,akan sampai rezeki aku juga..

p/s: 
Aulia,anty & uncle loves u so much darling..be a good girl & dun noty2 k..even after this uncle will be far away from u, u will always be in his mind..even uncle not around,but aunty will find time for u okeyh sweeetheart..aunty miss u already rite now..

When Mr. Captain make me MELTING??

bila kemalasan berkerja melanda so kte lari kpd 
B.L.O.G!!!!!

actually bukan saje je nk malas tapiii biasala bila hari isnin ni,mood aura kerja mmg lain macam sikit..semangat tu lgsg takde..tp doesn't mean la keje aku semua tak siap..at least 290 afidavit utk hari ni aku dah semak..senang keje aku ptg kang nk mention,lalalalalalala...opssss...kte tgglkan cerita psl keje aku ni dulu..tak menarik pun..tension je lebih...syhhhh...hehehe..

saje je post kali nak share my mr.captain yg gedikk,hehehe..last saturday, last minit plan tiba-tiba je we all rasa nk date..so tanpa buang masa,aku pun pe lagiiii,dgn pantasnya aku bersiap...tp before dat,aku singgah dulu rumah member aku yg nk bertunang dgn kapten jugakkk,auwww..congratsss yang,heee...setel everythg dgn member aku,aku pun dgn hati riang lalalalalal shoot berjumpa pujaan hati mr.captain...mmg aku dah niat kali ni,aku mesti nak captured dia bebanyak... tp hasilnya semua gambar yg aku dapat semua gambar gedik mr.captain...alahhhaiiii abg....melting tau,heheheh


mimik muka mr.captain bila dia nak sakat atau ejek..tanda-tanda cari gaduh..geram okeyhhh...

mimik muka gedik..sumpah mmg gedik..aku rasa nk tarik lidah dia je,simpan dlm walet..wekk!!!

mimik muka kena paksa dgn aku buat cara goda..failed tol abg ni,hehehe

i like the his eyes..auuuwwww,melting,heee..

tapi....ada satu gambar yg aku captured yg akan buat aku sentiasa senyum & melting smpai tau tau abad bila...

nak tgk takkk??



sgt suka gambar ni...suka amat sgt..ni la baby angkat kami...QASEH AULIA SOFEA..she's so adorable.. so,honestly, I LOVE BOTH OF YOU..
<nampak tanda bakal jadi loving daddy?>
lalalalalalalalalalallala