Saturday, July 14, 2012

Petua Doa Makbul



 Setiap musibah dan kebahagiaan yg kita peroleh, panjatkanlah doa kepadaNya, mohon kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.Amin..

Doa-doa Orang Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

PETUA DOA MAKBUL
 oleh USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu
7. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
8. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw
9. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga
10. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt
11. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri 
12. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan
13. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak .
14.Sentiasa berdoa pada setiap masa, samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60yang bermaksud :
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saatitu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamuseru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itusentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)
15. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untukberbuat dosa atau memutuskan silaturrahim
16. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
17. Merendahkan suara, kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, denganmerendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dandengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang danjanganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai
18. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripadaAtha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabbsebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya .Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa ,jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi askepada Allah dalam munajat mereka .Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali
19. Mengadap ke arah kiblat
20. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa
21. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk
22. Hendaklah bertaubat serta dan kepada Allah sebelum memohon hajat
23. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya
24. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna
25. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .
26. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram
27. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
28. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. 
29. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa .Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat keduabelah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut.(HR at- Tirmizi dan al-Hakim)
30. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

"Marilah kita sama-sama amalkan"

No comments: